Bina sistem content yang lebih konsisten — template, typography, visual effects dan calendar yang senang diulang setiap minggu.
Masalah biasa bukan kekurangan idea — tetapi setiap post bermula dari kosong. Dalam modul ini, anda bina template library, content types dan calendar supaya proses create lebih tersusun, lebih cepat, dan senang diulang tanpa rasa berat setiap kali nak post.
Bina beberapa template utama sekali, kemudian tukar tajuk, gambar dan mesej ikut topik mingguan.
Calendar membantu anda kekalkan rhythm posting tanpa perlu fikir format dari awal setiap kali.
Bila content anda guna visual style sama setiap kali, audience nampak post anda dalam feed dan terus kenal — tanpa baca name.
Bila template dah ready, fokus anda berubah daripada “nak design apa?” kepada “apa mesej yang nak disampaikan?”.
Bina 5 template utama dahulu: Edukasi, Engagement, Promo, BTS dan Testimoni. Lepas itu, tukar isi ikut topik — bukan design dari kosong.
Shadow, Glow, Outline, Gradient, Knockout dan 3D — gunakan text effects untuk membina emphasis tanpa mengorbankan readability.
Struktur teks yang professional designer guna — hook, supporting, CTA. Bukan rambang besar-kecil.
Text dan element animate yang scroll-stopping — tanpa software video editing kompleks, dalam Canva sahaja.
5 content templates + content theme weekly — pipeline content untuk 30 hari yang anda boleh reuse selama-lamanya.
Setiap effect ada psychology dan use case berbeza. Pelajaran 3.1–3.3 ajar anda apply semua dalam Canva, plus bila guna apa untuk maximum impact.
Klik setiap pelajaran untuk lihat langkah demi langkah
Gunakan 5 content type sebagai rangka. Assign ikut hari, kemudian tukar topik mengikut kempen atau objektif semasa. Tujuannya bukan automasi penuh — tetapi mengurangkan keputusan kecil yang melambatkan proses content.
Selesaikan 5 tugasan ini ikut pace sendiri. Akhir tugasan, anda akan ada library 5 template dan satu calendar asas yang boleh digunakan semula untuk content seterusnya.